Assalamualaikum dan haiii, bole ambil masa empat atau lima minit korang tak untuk baca cerita aku ni. Nama yang telah diberikan oleh mak dan ayah tercinta ialah Noradibah Binti Ibrahim yang bermaksud dalam kamus bahasa arab bagi Adibah ialah berpengetahuan dan beradab, Aamiin moga-moga aku akan jadi seperti mana sama dengan maksud nama aku. Aku lahir di Hospital Besar Teluk Intan, Perak. kalau korang nak tahu aku lahir 1.6.1994 dan sama tarikh lahir dengan ayah tersayang, jadi kami akan sambut hari lahir sama-sama dan agak besar sedikit dari adik beradik aku yang lain. Jangan jelas ye pembaca sekalian sebab agak rare kan?? hehe. Aku berumur 20 tahun pada tahun 2014, sebenarnya aku sendiri pon macam kurang percaya je sebab umur aku da angka puluh-puluh, yela sebab aku ni agak kurang matang dan kurang betul sikit, siapa yang rapat sangat dengan aku tau la perangai sebenar aku. hehe
Dari segi pendidikan pula, masa aku berumur 5 hingga 6 tahun aku belajar di Taski Abin, ketika berumur 7 hingga 9 tahun aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chikus (SKC) tapi selepas itu ayah dan mak pindahkan aku ke Sekolah Sungai Tungku (SKST) katanya biar dekat sikit dengan rumah dan boleh aku naik basikal je ke sekolah. Waktu umur aku 13 tahun hingga 19 tahun aku sambung pengajian di Sekolah Menengah Seri Perak, pendek kata dari aku form 1 sampai la form 6 aku sekolah tu dan aku memag tak penah kuar dari Perak untuk Belajar. Setia sangat kan??.hehe. Dan sekarang aku sedang belajar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas) pada tahun 2014 dan baru masuk tahun semester 1 dan tahun 1. baru sangat kan?? Aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan sejujurnya banyak kali jugak aku sesat dalam Universiti ni, maklumlah budak semester 1 kan. tapi kalau ade foreigner tanya aku jalan aku baget-baget tahu je. Tapi betul la kot info yang aku bagi kat diorang walaupun speaking "London" ko dengan diorang(entah diorang paham entah tak ape aku cakap) hehehe.
Errm, selepas tu aku rasa nak cerita pasal makanan kegemaran aku pulak, sebenarnye aku ni tak ade makanan kegemaran semua aku tibai je kecuali tak makan ikan air tawar je. Hobi pulak aku suka baca novel, tapi paling aku aku suka novelis Ramlee Awang Murshid. cerita Ramlee Awang Murshid ni sangat ekstrem dan agak mencabar minda kalau membaca novel beliau. Dulu masa kecil-kecil aku cakap kat orang nak jadi doktor tapi apakah daya aku tak mampu nak jadi doktor kerana result yang kurang bagus, tapi alhamdulilah sebab sekarang aku insaAllah bakal bergelar seorang guru, kerjaya ini sangat mulia dan mendidik kanak-kanak istimewa yang merupakan ahli syurga. Aku sangat gembira kerana dapat menyambung pengajian dalam bidang ini. Alhamdulilah.Rasanya itu saja yang perlu diceritakan. Ada lagi yang tertinggal ke? Kalau rasa-rasa ada, e-mel atau tinggalkan komen saja sudah. Lihat ruangan 'Hubungi saya' jika ingin memberitahu apa lagi yang perlu ditambah dalam ruangan biodata ini.